Friday, January 24, 2014

FAKTA WacanaKu: Tsunami Muslim Di Seluruh Dunia

Mungkin ramai yang sudah tahu akan berita nie... berkenaan tsunami populasi muslim di seluruh dunia... Yes... ini FAKTA...bukan auta... Sememangnya orang islam semakin ramai dan berkembang di seluruh dunia.... Bukti kecil-kecilan boleh dilihat di Malaysia sendiri... Semakin ramai saudara baru yang memeluk agama Islam secara sukarela.... Semakin ramai artis mendapat hidayah mengikut ajaran sebenar Islam.... Semakin ramai golongan muda semakin sedar akan keindahan Islam....

Dan ini bukti secara video... populasi orang Islam semakin berkembang di seluruh pelusuk dunia terutama di Eropah dan Amerika... Saksikan.. Tapi sebelum tu.... ada sesuatu yang agak pelik...kekadang aku pelik jugak dengan orang kita... yes jumlah muslim memang semakin ramai... yes populasi muslim tak dinafikan semakin berkembang.... Aku kat UK sekarang pun boleh tengok sendiri orang Islam memang ramai kat sini... Senang beb...

Senang nak cari makanan halal... Senang nak cari masjid... Kiranya nampak jelas bukti kehadiran Islam di UK nie sememangnya nampak ketara...Sampai dah ada dijual di Tesco UK, ayam halal dan daging lembu halal.... Komuniti Islam dah semakin kuat dan kukuh di sini... 

Tapi yang peliknya.... dekat Malaysia... ramai yang berhijrah ke arah Islam... tapi ramai jugak yang cuba berhijrah ke arah keluar dari ajaran Islam... Mengapa yer? Di mana salahnya? Sambil tengok video tu.... sambil-sambil la fikir balik di mana silapnya... Kitakah? Pemimpin kah? Atau siapa yang patut bertanggungjawab akan hal tu.... Dan yang lebih penting... kat mana level kita sebagai orang Islam... Kalau level Candy Crush diambil contoh... di mana level iman kita... Level 5 ? Level 35? Atau Level 300? :)


P/S: SHARE kan.. insya Allah korang dah cuba membantu menyebarkan benda yang baik...

2 comments:

chemie said...

kadang-kadang aku pikiaq, mungkin jugak pasai perubahan zaman...

sama-samalah doa supaya malaysia di pelihara Allah hendaknya..

Zainal Abidin said...

Salam...

Puncanya pada layanan pihak berwajib berjenama Islam a.k.a. Pusat Zakat Islam terhadap orang Islam sendiri terutamanya kepada yang miskin melarat....

Dalam konteks Malaysia, cuba kita selidik bagaimana orang Islam yang miskin melarat ini mendapat layanan dari pusat zakat Islam berbanding dengan layanan yang diberikan oleh pihak gereja Kristian kepada mereka...

Kalau orang Islam yang miskin melarat ini pergi ke pusat zakat Islam untuk minta bantuan, punyalah susah pusat zakat Islam ini nak beri bantuan kepada mereka..Silap haribulan orang Islam yang miskin melarat ini ditendang ke sana sini..Kadang kala mereka terpaksa merayu macam pengemis dari pusat zakat Islam untuk minta bantuan wang zakat yang sememangnya hak mereka...dan sesetengahnya siap tunjuk surat pengesahan doktor lagi yang menyatakan mereka ada penyakit dan ditambah dengan keadaan mereka yang miskin melarat.

Tetapi, kalau orang Islam yang miskin melarat ini minta bantuan dari pihak gereja Kristian...memang mudah...mereka dilayan dengan sebaik-baiknya tanpa ada karenah birokrasi yang entah apa-apa...

Kalau dah macam tu punya senario kat Malaysia nih...memanglah akan berduyun-duyun orang Islam yang keluar dari Islam dan masuk Kristian...sebab mereka tertarik dengan kebaikan hati pihak gereja Kristian berbanding orang Islam sendiri...