Wednesday, May 9, 2012

Nazmi Faiz Bakal Sertai Kelab Liga Divisyen 1 Di Portugal | Apa Nama Kelab Tu?


Siapa yang tak kenal siapa Nazmi Faiz nie.... memang tak minat bola sepak tempatan... Sebab Nazmi Faiz nie bagi aku ada bakat semulajadi yang tinggi.... Aku pernah labelkan mamat nie sebagai permata bola sepak negara (link) suatu ketika dulu.... Dan sekarang....dikatakan Nazmi Faiz bakal sertai kelab Portugal...

Bukan calang-calang kelab kalau mengikut khabar angin yang dibawa angin nie..... Yang pastinya... kelab yang dikatakan itu dari Liga Divisyen 1 di Portugal... Maknanya bukan sebarangan kelab.... Dan aku ada terdengar jugak...kelab yang dimaksudkan tu pernah disertai pemain terkenal yang kebanyakan korang minat nie... Christiano Ronaldo... So....berapa kelab yang si Christiano Ronaldo pernah sertai semasa bermain untuk liga divisyen 1 di Portugal? :)

"Tolong la...Bagila Nazmi main di Sporting Lisbon...", Kata Ronaldo...:D
Tekaan aku.....kelab yang dimaksudkan tu mungkin kelab Sporting Lisbon.... Sebab sebelum Christiano Ronaldo bermain di Manchester United...Dia bermain di Sporting Lisbon... Dari situ si Alex Ferguson nampak bakatnya yang luar biasa semasa pertemuan kedua-dua kelab tu untuk Champion League kalau tak silap.... Sama jugak macam si Nani sekarang tu.... 

So....tidak mustahil la kan kalau nak tengok Nazmi Faiz bermain untuk Champion League nanti jika benar tekaan aku nie.... dan tak mustahil juga untuk bermain di English Premier League untuk beberapa tahun akan datang disebabkan sudah mendapat kerakyatan EU nanti.... Kiranya dah termansuh la sekatan undang-undang ranking corot Malaysia tu untuk Nazmi Faiz....


Apa-apa pun.... masih di peringkat perbincangan....kalau betul la Nazmi Faiz dapat bermain di sana.... Aku akan sokong kelab Sporting Lisbon la pulak nanti.... Dan harap Malaysia boleh la adakan highlight untuk liga Portugal pulak nanti...he he he....

P/S: Tak mustahil Nazmi Faiz dapat pangkat Datuk suatu hari nanti...huhuhu

5 comments:

Syuhada said...

Yeah nazmi mmg cool...HEBAT!!!!
kayo la dio nnti yop...

Haz said...

harap2 ye begitu la..

MISS Z BERCELOTEH said...

harap semuanya menjadi realiti..

http://misszberceloteh.blogspot.com/2012/05/segmen-up-follower-tambah-kenalan.html

atuk said...

Assalamualaikum PW

Insyaallah tu...

Unknown said...

Urm..masih terlalu awal untuk meletakkan harapan yang terlampau tinggi :)