Wednesday, July 13, 2011

Keputusan Malaysia vs Arsenal | 13 Julai 2011 | Analisis


Malaysia akan menentang Arsenal pada 13 Julai 2011 iaitu hari ni.... Malam ni..tepat jam 8.45 mlm, Skuad Harimau Malaya akan menentang The Gunners di Stadium Bukit Jalil untuk perlawanan persahabatan. Arsenal memang terkenal dengan corak permainan yang menarik.... Asia Tour yang bermula di Malaysia nie akan menggalakkan lagi peminat tanah air meminati pasukan Arsenal nie.. he he


Perlawanan sudah bermula... oleh kerana tiada siaran langsung dari Astro...Maka susah la sikit aku nak update... Tapi aku akan update guna live streaming..... Keputusan untuk separuh masa pertama....
Malaysia 0 - Arsenal 2.

Arsenal memperolehi gol menerusi Ramsey melalui sepakan penalti pada minit ke-6. Satu gol lagi menerusi Theo Walcott yang mendapat umpanan cantik dari Wilshere dan menewaskan penjaga gol nombor tiga Malaysia.... 

Apa yang aku tengok untuk separuh masa pertama nie.... Malaysia bermain sangat berhati-hati.. banyak serangan dibuat menerusi Gunalan... menggunakan larian lajunya... Tapi masih tak dapat menembusi benteng pertahanan Arsenal.... Nor Shahrul Idlan agak tenggelam untuk separuh masa pertama...Fakri Saarani agak menonjol bersama-sama dengan Safiq Rahim dengan larian cantik dan hantaran yang menarik... Safiq Rahim hampir-hampir menewaskan penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny dengan free kick ala-ala Ronaldinho...

Separuh masa kedua sudah bermula... Arsenal dan Malaysia sama-sama membuat pertukaran.... Malaysia macam biasa.... selepas dah kene dua bijik...Semangat juang sudah makin luntur.... Dah tak berani pegang bola lama.... Akhirnya Arsenal menjaringkan gol lagi.... menerusi Carlos Vela pada minit ke-58... Bola dilambung melepasi hairul Fahmi yang baru bermain untuk masa kedua nie...

Selepas beberapa minit dari jaringan gol tu.... Arsenal memasukkan Robin Van Persie, Samir Nasri dan Arshavin pulak.... Habis laaaa...... Dan apa yang aku takuti berlaku jugak akhirnya.... Hantaran Arshavin yang cantik ditanduk Rosicky pada minit ke 90 untuk menjadikan kedudukan Arsenal 4 - Malaysia 0.

Keputusan Akhir Perlawanan
Malaysia 0 - Arsenal 4

Dari apa yang aku perhatikan... Perbezaan sangat ketara antara pasukan harimau Malaya dengan Arsenal... Aset yang paling ketara ialah kelajuan... kreativiti passing.... dan ketepatan passing (kemahiran teknikal).... Kalau nak cakap fizikal... Aku rasa sedikit jer beza dengan Arsenal...sebab Arsenal sememangnya agak lemah kekuatan fizikalnya berbanding pasukan Liga English yang lain....

Malaysia perlu banyak belajar dari game seperti ni.... Taraf depa sangat jauh bezanya dari segi aset penting yang aku bagitau kat atas tu.... Itu pun Arsenal bermain secara rilek dan bersahaja..... Pasukan Malaysia bermain seolah-olah tanpa apa-apa keyakinan dan motivasi untuk menang.... Kekuatan mental juga sangat diperlukan jika melawan pasukan sehebat Arsenal nie....

Walau apa pun..... Aku harap Datuk K. Rajagopal mengatur kembali pasukan Malaysia supaya takde la kene belasah macam ni lagi masa lawan Liverpool nanti..... Pemain pilihan aku untuk skuad Malaysia.....GUNALAN. Pemain Arsenal pulak.... Jack Wilshere... Aku harap Malaysia bangkit lepas nie...Kamon Malaysia!!

7 comments:

Sunah Sakura said...

perghhhhh! nape bila baca kat sini baru rasa bahang... Arsenal rupanyaaa lawan Malaysia..aiyakkk!

miho amyra said...

astro sengal ! benci !
cian khairul fahmi kene berkerja keras...huhu~
gO MALAYSIA ! tingkatkan prestasi....pasnie lawan liverpool plak...
tahniah ARSENAL~

Orang Kampung said...

aduh kalah pulak..

mmndangkan kt astro xdak tdi.. trtngok liverpool lwn ng team dri china kot.. guanzo kot.. liverpool mnang 4-3.. ada gak saingan..

apa2 pun, aku sokong malaysia.. kalah menang adat pertandingan.. hrp malaysia dpt tgkatkn taraf permainan utk brtemu grgasi bola sepak yg lain pulak..

think positif.. malaysia BOLEH..

Abang Long said...

Salam...mungkin pasukan kita tu terlalu taksub dgn kehebatan Arsenal sampai segan nak main lagi baik. Yg tak bestnyer, aku tengok si Apek (goal keeper kita) selalu sangat silap langkah. Walaupun kalah, aku harap team kita tu tak hilang semangat atau malu yg keterlaluan. Banyak pelajaran berguna mereka dapat tadi tu.

Latest entry Terimalah Kekurangan Pasangan Anda

Afrida Abdullah said...

tetap sokong Malaysia..:)

Rean said...

go more malaysia!

Unknown said...

next time ad lg,huhu