Saturday, February 5, 2011

Asal-Usul Kewujudan WacanaKu


Aku ni seorang yang suka memerhati orang sekeliling... mungkin sebab tu entri aku ni ade macam-macam jenis..... banyak lagi benda yang aku nak tulis....info-info yang membina...dan pengajaran kepada semua. Tapi, nak menyampaikan mesej tu secara separa sedar tu susah sikit.. sebab sesetengah orang memang tak suka dinasihatkan secara terus atau direct.. sesetengahnya suka berlapik... siap lapik dengan kain cotton lagi....tambah puler dengan span 3 inci... memang lembut dan selesa.

Itu yang menjadi krem dan jemm otak aku nih... Bagaimana nak menyampaikan mesej nasihat kepada golongan tertentu secara lembut dan berkias.... So, pikir punyer pikir... maka lahirla blog ni. Inila penyebab utama kelahiran kedua blog aku. Kelahiran pertama apa ek? Selongkar la blog ni... Dah penah aku citerkan dalam salah satu segmen Bro Ben. Sape tu Bro Ben? macam Broadband jer bunyi nyer..... Haaa...memang broadband pun....broadband untuk blogger..he he. yang lainnya...boradband ni slow... yang ni version kasi laju..:D

Maka lahirla episod-episod ringkas dalam blog ni seperti TAHUKAH KORANG... Hikayat Kedai Kopi... Coretan Si Empunye Blog....Kelas Bahasa dan lain-lain.. Semuanya ada mesej ringkas dan tersembunyi di setiap entri. Kalau diikutkan... ayat macam ni lagi sesuai untuk aku kot..Sebab aku ni berlatar belakangkan lebih kepada bidang akademik...Tetapi aku tau golongan muda tak suka pembacaan serius merius nih.

Sebab itu motto blog ni adalah "Santai Berceloteh, Gelak Bersama". Aku akan santai berceloteh di sini...disamping korang boleh bergelak ketawe dengan entri tak waras aku tuh.... tapi mesej tetap ada... cuma sedar atau tak sedar sahajer... Aku gune care ni kerana aku perhatikan cara ni lah yang telah merosakkan minda manusia....Tak percayer?

Cara ni sudah lame dilakukan oleh pihak Barat kepada seluruh manusia di dunia.. apa salurannya? Sudah tentu di tv korang...radio korang... Cube perhatikan movie-movie mereka... cube perhatikan katun-katun mereka...cube perhatikan berite-berite mereka.. ada banyak persamaan. Persamaan tu lah yang telah meracuni pemikiran bawah sedar kita..

Maka apa salahnya jika aku mencuba dengan cara yang sama untuk menyampaikan mesej berguna lagi membina? Tapi sume ni berkesan jika korang membacanya... Alangkah elok kalau sume saluran di Malaysia ni menggunakan kelebihan yang ada untuk menyebarkan nilai-nilai murni kepada masyarakat kita... Ni tidak... sumenyer ikut trend semasa tanpa usul periksa natijahnya...

Tepuk dada, tanya iman,
Ada akal, ada hati

Jaga mata, jaga badan

Bawa bekal, ke alam mati.

No comments: