Tuesday, January 11, 2011

TAHUKAH KORANG - Bank Paling Murah Hati Di Dunia..

Ok....ni bukan original dari aku... ni pun aku petik dari BERNAMA.....name ape....haa....itu yang kite nak tau..:D :D. Bank itu namenyer........namenyer........tah.....AKU LUPER!!!!! Hahahahahaha

Ok2.....ni citer betul tau....tak tipu punyeeer...... Along tak tipuu.....Along cuma mau bantu sajaaa....:D Ok lah..... Silela menjulingkan mate korang masing-masing dengan membace artikel di bawah.... tapi tu memang dari BERNAMA....aku cuma berkongsi maklumat dengan korang-korang sume...followerku yang amat kusayangi....hehehe. Sape2 yang tak jadi follower lagi.... lepas bace ni folo la tau...:p



Ok...sedia............kelip2kan mate korang dulu.....warm-up mate katakan...he he.. Get set............. Go!! Go aper....haaa...yang itu la kite nak tau...:D

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Siapa pernah mendengar adanya bank yang
sanggup meminjamkan lebih AS$10 bilion kepada golongan miskin tanpa cagaran,
malahan kadar bayaran balik pula mencapai 98 peratus? Bagi mereka yang masih
belum mendengar kisah Bank Grameen, pertubuhan kredit mikro pertama di dunia,
ia sesuatu yang luar biasa.


Walaupun operasinya bercanggah dengan kesemua peraturan perbankan
konvensional, Bank Grameen berjaya membebaskan ramai rakyat Bangladesh
daripada kancah kemiskinan. Lebih mengagumkan lagi, ia sehinggakan
memperbaharui pembangunan sosial dan ekonomi bukan sahaja dalam negara malah
merentasi dunia.

Orang yang muncul di sebalik idea bank ini, yang juga pemenang hadiah Nobel,
ialah Profesor Dr Muhammad Yunus, pengasas dan Pengarah Urusan Bank Grameen,
yang mengasaskan bank itu pada 1970-an semasa rakyat negara itu mengalami
kebuluran.

Dan inspirasi itu muncul pada satu pagi tahun 1976, semasa beliau berjalan
melalui sebuah kampung untuk ke universiti di mana beliau adalah profesor
ekonomi.

"Saya didatangi seorang wanita miskin yang memberitahu bahawa beliau hanya mampu meraih keuntungan dua sen (AS) sahaja dalam sehari bagi sebuah kerusi buluh yang dihasilkannya, kerana beliau berhutang dengan peminjam wang. Peminjam wang itu memaksa beliau menjual barangannya pada harga yang begitu rendah sehingga beliau hanya mampu menikmati keuntungan dua sen (AS) sahaja setiap hari".

Muhammad berkata, pada masa itu, beliau hanya perlu membayar peminjam wang
berkenaan AS$1 untuk melangsaikan hutang dan membebaskan wanita itu daripada
kitaran kemiskinan. Dan beliau lakukannya.

Kegembiraan dan kelegaan yang dirasai oleh wanita miskin itu memberi inspirasi
kepada Muhammad untuk mencari lagi mereka yang lain, yang masih berhutang
dengan peminjam wang berkenaan.

Beliau menemui 42 orang lagi dan hanya perlu membayar AS$27 sahaja untuk
melangsaikan hutang di samping dijadikan modal untuk membeli bahan mentah.
Dengan jumlah wang itu, akhirnya mereka berjaya membebaskan diri daripada
cengkaman hutang dan pada masa yang sama dapat menjual hasil produk kepada
pembida yang menawarkan harga tertinggi. Ini telah membawa penambahbaikan ke
atas status ekonomi mereka.

Dalam berbuat demikian, beliau telah membantu wanita pertama itu mengecapi
keuntungan AS$1.25 sehari, di sebalik hanya dua sen (AS) sebelum ini. Di
sinilah bermulanya laluan Muhammad untuk menubuhkan Bank Grameen yang
menamatkan kitaran "pendapatan rendah, simpanan rendah dan pelaburan rendah".

Muhammad berkongsi sejarah penuh inspirasi bank ini semasa satu majlis makan
tengah hari di Malaysia baru-baru ini, sementara menyampaikan ucaptama bertema
"Perniagaan Sosial dan Pengurangan Kemiskinan". Majlis makan tengah hari khas
ini dianjurkan oleh Khazanah Malaysia dan Akademi Pengarah Malaysia (Minda).

BANK UNTUK ORANG MISKIN

Grameen bermakna "luar bandar" atau "kampung" dalam bahasa Bangla. Slogannya
adalah "Bank bagi Miskin". Ia menawarkan kredit mikro kepada penduduk miskin
luar bandar di Bangladesh, supaya mereka boleh memulakan atau membiayai
perniagaan dan meningkatkan pendapatan.

M
uhammad berkata bank ini memberi pinjaman dalam jumlah kecil AS$200 setiap
orang kepada 8.3 juta peminjam di seluruh Bangladesh dan pinjaman itu dibayar
dalam bentuk ansuran bulanan. Apa yang mengagumkan, walaupun bank ini meminjam
kepada mereka yang hidup di bawah garis kemiskinan, ia berjaya mendapatkan
semula sehingga 98 peratus daripada pinjamannya.

P
rofesor ekonomi ini berkata prinsip asas bank ini sejak ditubuhkan ialah bank
harus sampai kepada rakyat dan bukan sebaliknya.

"Kita menemui kesemua 8.3 juta peminjam ini di pintu mereka. Mereka tidak perlu ke mana-mana. Kami bertemu dengan mereka setiap minggu dan menjalankan urusan perbankan di kediaman mereka. "Ia satu tugas yang besar. Tetapi ia satu-satunya cara kita boleh menggalakkan mereka menjalankan urusan perbankan dengan kami, memandangkan lebih 97 peratus daripada peminjam kami adalah wanita. Jika anda meminta mereka datang ke pejabat kami, itu tidak akan berlaku. Lelaki akan ambilalih tugas itu memandangkan merekalah yang selalu keluar. Wanita lazimnya tinggal di rumah menguruskan keluarga", jelas beliau.

Timbul pula persoalan yang tidak dapat dielakkan: mengapa Bank Grameen lebih
suka memberi pinjaman kepada wanita? Jawapannya terdapat di laman web bank itu
seperti yang tertera di bawah:

"Wanita di Bangladesh diabaikan oleh masyarakat. Melalui peluang untuk bekerja sendiri serta akses kepada wang, Grameen Bank membantu memperkasa wanita. Selain daripada itu, kajian menunjukkan bahawa output keseluruhan pembangunan adalah lebih ketara apabila pinjaman diberikan kepada wanita dan bukannya lelaki, memandangkan wanita lebih kemungkinan untuk menggunakan hasil yang mereka peroleh untuk menambahbaik keadaan hidup mereka dan mendidik anak-anak mereka".

BANK UNTUK PENDIDIKAN

Hari ini Grameen Bank dimiliki oleh golongan miskin luar bandar yang
bergantung kepada perkhidmatannya. Peminjam-peminjam bank itu memiliki 90
peratus daripada sahamnya, sementara baki 10 peratus dimiliki kerajaan.

Semasa menyaksikan kejayaan Bank Grameen dalam meningkatkan taraf hidup
peminjam-peminjamnya, satu lagi persoalan timbul di minda Muhammad: apa pula
masa depan keluarga-keluarga ini?

Ia bukan satu soalan yang ganjil, memandangkan kebanyakan ibu bapa buta huruf.
Ini boleh dikatakan menjamin kesinambungan kitaran tradisional kemiskinan,
masalah kesihatan dan sosial yang mengiringinya.
"Kami memutuskan bahawa kami mesti memberi jaminan kepada kanak-kanak daripada keluarga ini supaya meneruskan persekolahan untuk melepaskan diri daripada kitaran kemiskinan dan beralih ke peringkat baru kehidupan", katanya. Jadi
rancangan itu dimulakan.

Kemudian sesuatu yang begitu hebat dan menarik berlaku. Kanak-kanak ini bukan
sahaja ke sekolah malahn mencapai kecemerlangan dalam pendidikan mereka.
Mereka menyambung pendidikan ke sekolah menengah dan seterusnya ke kolej.

"Terdapat beribu-ribu orang seperti mereka, yang mencapai kecemerlangan di sekolah-sekolah. Kami langsung tidak menjangka ini kerana untuk mereka ke sekolah rendah sahaja satu pencapaian terbaik yang boleh kita harapkan bagi kanak-kanak luar bandar ini. Tetapi realitinya lebih baik daripada apa yang kami jangka", kata beliau.

T
etapi kemudian satu lagi masalah timbul. Sementara ibu bapa gembira yang anak
mereka berjaya dari segi akademik, kos pendidikan pula tinggi jauh melampaui
kemampuan mereka.

"Jadi kami mempunyai ramai kanak-kanak yang cemerlang daripada segi akademik tetapi tidak mampu meneruskan dengan pendidikan mereka. Kami berdebat dengan Bank Grameen mengenai cara terbaik untuk memastikan mereka meneruskan pengajian dan kami muncul dengan penyelesaian ini - untuk memperkenalkan pinjaman pendidikan. Kini, tiada siapa yang ketinggalan".

Susulan itu, kini terdapat lebih 50,000 pelajar yang menerima manfaat daripada
pinjaman pendidikan Grameen di sekolah-sekolah perubatan dan kejuruteraan
merentasi seluruh Bangladesh.

Muhammad percaya kanak-kanak dari keluarga yang kaya tidak lain daripada yang
miskin. Bagaimanapun, daripada segi peluang, terdapat perbezaan yang besar.

"Dan inilah yang membawa perbezaan besar dalam kehidupan mereka. "Jika kanak-kanak miskin ke sekolah-sekolah terbaik di dunia dan bersaing menggunakan bakat terbaik yang ada pada mereka, mereka pasti berupaya dan berbakat seperti mana orang lain".

PENUNTUT GRAMEEN DI MALAYSIA

Muhammad jelas dilihat bercakap mesra mengenai Malaysia dan hubungan beliau
bersama Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar. Muhammad telah
banyak kali melawat Malaysia, walaupun sebelum idea Grameen bermula di luar
Bangladesh.

"Malaysia bagaikan kediaman kedua saya. Sebenarnya, kali pertama idea Grameen diperkenalkan di luar Bangladesh ia adalah di Malaysia, dengan yang pertama di Pulau Pinang", jelas beliau.

Pada 1994, Muhammad menerima anugerah Tun Abdul Razak sebagai menghargai
sumbangan beliau kepada dunia. Sejak Bank Grameen diperkenalkan pada 1976,
beliau mengasaskan 25 syarikat yang kesemuanya bertujuan menambahbaik taraf
hidup golongan miskin.

Selepas mendengar sentimen Muhammad terhadap pendidikan, Azman dengan segera
muncul dengan idea menyediakan biasiswa bagi pelajar Grameen untuk belajar di
Malaysia.

H
ari ini, Yayasan Khazanah menaja 10 penuntut yang adalah anak-anak kakitangan
Bank Grameen di universiti-universiti terpilih di Malaysia melalui Biasiswa
Khazanah Asia. Yayasan ini juga setiap tahun memilih lima pelajar daripada
keluarga miskin yang menggunakan khidmat Bank Grameen untuk menerima
biasiswanya.

Hari ini, bank ini merupakan sumber inspirasi dan model bagi banyak institusi
dalam bidang kredit mikro.

Tetapi di Bangladesh, ia lebih daripada itu. Ia mengenai masa depan peminjam
generasi kedua, kata Muhammad.

"Ke mana mereka boleh pergi, apa yang mereka boleh buat. Mereka tidak lagi perlu balik ke kitaran kemiskinan. Mereka boleh mengharapkan masa depan lebih baik".

-- BERNAMA

P/S: Kalo la ade bank cenggini di Malaysia kan.....mesti tak wujud MLM tu...he he he

1 comment:

JulianusGinting said...

$10 billion dapat dicairkan?saya blm pernah mendengar ada bank begitu